Tak sokong mana-mana gabungan, namun BN terbuka pastikan kerajaan baharu dibentuk

0
2

DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan kerajaan dapat dibentuk.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pendirian itu diambil demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kenyataan itu hadir selepas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tengah hari tadi memaklumkan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Menurut Ismail Sabri, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) dan bersetuju kekal sebagai pembangkang setakat ini.

Sementara itu Zambry berkata, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” kata Zambry menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here