PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagi menggantikan Md Yunus Ramli yang meninggal, Sabtu lalu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, pengumuman tersebut akan diumumkan di Rompin, selain menegsahakn calon yang dipilih daripada parti itu dan anak tempatan.
“Kita sudah putus calon baharu dan pengumuman untuk memperkenalkan calon akan dibuat esok.
“Calon adalah orang tempatan di kawasan itu dan pengundi di DUN Tioman sudah biasa dengan penduduk tempatan,” katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.
SPR turut mengumumkan PRU DUN Tioman akan diadakan pada 7 Disember depan. – Malaysiapost

