Kita perlu ‘move on’ – titah Agong

0
2

YANG di-Pertuan Agong bertitah agar rakyat dan wakil rakyat bersikap lebih rasional dan menerima apa juga keputusan yang dibuat berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga meminta rakyat terus bersabar menanti keputusan siapakah yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Saya tidak boleh nak kata (beri jawapan). Saya tidak boleh umum apa-apa buat masa ini.

“Bersabar, terima keputusan rakyat dan keputusan wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Tolong jadi rasional, you have to move on. Kita perlu bergerak ke hadapan,” titah Baginda ketika melawat kumpulan pengamal media yang berkumpul di luar pintu Istana Negara, sejak pagi tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya proses mengemukakan gabungan parti politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10, dilanjutkan sehingga jam 2 petang ini.

Terdahulu, media melaporkan Ali Parlimen Barisan Nasional sepakat menyerahkan kepada budi bicara serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam soal memutuskan calon Perdana Menteri ke-10.

BN mengambil pendirian berkecuali dalam memilih mana-mana calon Perdana Menteri sama ada daripada PH mahupun PN.

Setakat ini, dua nama calon Perdana Menteri dijangka dipersembahkan ke Istana Negara iaitu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here