Pembentukan kerajaan: Bersatu beri mandat pada Muhyiddin buat keputusan

0
2

BERSATU sebulat suara bersetuju memberi mandat dan kepercayaan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat apa juga keputusan untuk membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata ia dipersetujui Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu pada Ahad lalu.

“Mesyuarat Khas tersebut turut mempertegaskan bahawa Bersatu mencadangkan Tan Sri Muhyiddin menerajui kerajaan selaku Perdana Menteri.

“Saya juga gembira dengan pengesahan Tan Sri Muhyiddin bahawa PN telah menyerahkan “statutory declaration” daripada 115 Ahli Parlimen bagi membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Saya sendiri menandatangani SD tersebut pada 20 November lalu,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Terdahulu YANG Muhyiddin dilaporkan berkata, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan PN namun beliau menolaknya.

Pengerusi PN itu berkata, partinya telah memutuskan sebulat suara menolak kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here