Buat PAU semula jika mahu ubah pendirian – MKT Umno

0
1

UMNO perlu mengadakan Perhimpunan Agung (PAU) semula seandainya mempunyai kecenderungan untuk mengubah pendirian ‘No DAP, No Anwar’ yang pernah diputuskan sebelum ini, kata Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu turut menegaskan setakat ini tidak ada kerjasama diputuskan membabitkan sebarang gabungan termasuk Pakatan Harapan (PH).

“Saya harus akur dengan keputusan MKT parti dan lihat keputusan yang diambil. Tak, kita tak buat sebarang keputusan dengan PH.

“Tidak akan ada kerjasama dengan PH, kita lihat kalau perlukan, keputusan kena parti putuskan,” katanya di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. hari ini.

Pemimpin dan Ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan berkaitan kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10 dijangka mencapai kemuncak hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan BN hanya berjaya menang 30 kerusi dan merupakan pencapaian terburuk pernah dicatatkan dalam sejarah PRU setakat ini.

Bagaimanapun gabungan parti lain seperti Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dilihat perlu mendapatkan sokongan mereka bagi membentuk kerajaan memandangkan kesemua gabungan yang bertanding gagal melepasi angka majoriti mudah.

Semalam, barisan pemimpin tertinggi BN dan PH telah mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific yang turut membincangkan kemungkinan gabungan antara mereka.

Namun setakat ini masih kedua-duanya masih belum mengumumkan keputusan secara rasmi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here