KERAJAAN Sementara perlu diwujudkan sekiranya mana-mana gabungan parti politik masih gagal mendapat sokongan majoriti membentuk kerajaan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Barisan Nasional (BN) juga perlu kekal sebagai pembangkang tanpa menyokong mana-mana sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
“Sementara PH atau PN mendapat sokongan majoriti, kena ada ‘caretaker goverment’.
“PH dan PN ini adalah musuh politik kita, apa yang mereka tak hentam dan hina BN…Hari ini bila kedua-duanya tak dapat majoriti tau pula minta BN beri sokongan tubuh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, BN sekali lagi perlu membuat ketetapan untuk kestabilan politik dan kemakmuran negara kerana kedua-dua gabungan terbabit memerlukan BN.
“Tidak perlu menyertai mana-mana gabungan, kekal sebagai pembangkang,” katanya. – Malaysiapost
