Sebenarnya undi PH dapat Zahid, sindir KJ

0
2

KHAIRY Jamaluddin bagaikan ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini membuat naratif ‘satu undi untuk KJ, satu undi untuk Zahid Hamidi’.

Sindiran itu dibuat bekas Menteri Kesihatan itu susulan PH dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan perbincangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Dalam pertemuan di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi, PH diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Umno diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Khairy yang tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Sabtu lalu, memuatnaik semula video kempennya ketika PRU15 berkenaan ‘1 undi KJ, 1 undi kepada Zahid’.

Dalam video tersebut, Khairy mengingatkan penyokong PH bahawa sebelum ini telah tersebar audio perbualan antara Anwar dan Zahid berhubung usaha menjalin kerjasama.

“Siapa yang ada rakaman telefon dengan Anwar? Saya ke zahid?

“Kalau nak tolak Zahid sangat, akhirnya you (awak) punya pemimpin sendiri yang ada deal (perjanjian) dengan zahid,” kata Khairy.

Terdahulu Anwar yakin dapat membentuk kerajaan bersama BN.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan pertemuan membabitkan beberapa wakil daripada BN bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here