Saarani angkat sumpah MB Perak petang ini

0
2

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, petang ini

Beliau berkata, BN Perak bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Saarani berkata, keputusan persetujuan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri itu telah disembah maklumkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Justeru, gabungan BN dan PH memiliki 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Saarani tiba di Istana Kinta, dekat sini, kira-kira jam 12.28 tengah hari, untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Difahamkan sembah menghadap itu bagi menyembah maklum kepada baginda berhubung situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15 kelmarin, PH berjaya menenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here