Mesyuarat Dewan Tertinggi BN tentukan bersama PH atau PN 

0
1

PENDIRIAN Barisan Nasional (BN) sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan akan ditentukan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sedang berlangsung/ 

Mesyuarat penting itu difahamkan bermula jam 2.30 petang tadi, dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Kelibat pemimpin BN dilihat tiba di Menara Dato Onn di ibu negara bagi menghadiri mesyuarat itu, antaranya Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. 

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan Dewan Tertinggi BN akan membuat keputusan berhubung sokongan mereka kepada mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. 

“Mana-mana individu tandatangan SD (akuan bersumpah) lain adalah tidak sah kerana melanggar SD ditandatangani untuk menjadi calon. Ahli Parlimen BN akan membuat keputusan berdasarkan perundingan jawatankuasa dibentuk,” katanya. 

Sebelum itu, Perikatan Nasional (PN) mendakwa sudah mendapat lebih 112 sokongan majoriti mudah sekali gus boleh membentuk kerajaan.  

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) belum mencukupi bilangan kerusi diperlukan. 

Namun, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu sudah menerima sokongan BN untuk membentuk kerajaan baharu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here