MB Johor tanya, sanggupkah Umno Johor bersekongkol dengan PH dan DAP?

0
1

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membangkitkan persoalan sama ada Umno Johor sanggup bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Persoalan itu dibangkitkan beliau selepas kepimpinan Umno diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH hari ini.

Perjumpaan itu bagi membincangkan usaha membentuk kerajaan Persekutuan PH – BN.

“Saya dimaklumkan malam ini ada mesyuarat Majlis Tertinggi.

“Saya nak tanya orang Umno Johor, sanggupkah kita bersekongkol dengan PH-DAP?,” kata Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Onn Hafiz antara pemimpin Umno terawal meminta Ahmad Zahid meletak jawatan susulan kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu Anwar yakin dapat membentuk kerajaan bersama BN.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan pertemuan membabitkan beberapa wakil daripada BN bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here