Esok BN muktamadkan kerjasama dengan PH 

0
2

DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan keputusan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan, esok. 

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perbincangan mengenai rundingan itu sedang berjalan ketika ini dan tiada kata putus dicapai setakat ini. 

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah bermesyuarat, belum ada sebarang keputusan dibuat dan perbincangan masih diteruskan. 

“Ini kerana Istana Negara sudah mengeluarkan perintah di mana esok sebelum 2 petang perlu dimuktamadkan. 

“Setakat ini, saya belum boleh memaklumkan apa-apa sebab belum ada kata putus. Kita akan buat keputusan bersama esok,” katanya kepada media di lobi Menara Dato Onn, hari ini. 

Jawatankuasa Perundingan BN diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan perundingan itu bersama enam lagi pimpinan tertinggi BN. 

Antaranya Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. 

Dalam pada itu, Ka Siong yang menang di Parlimen Ayet Hitam berkata, pihaknya akan mengambil kira rundingan semua pihak dan tidak terhad kepada PH sahaja sebelum keputusan dibuat. 

“Kita melihat kepada kesemua kemungkinan, sekarang ini belum lagi muktamad, belum tahu mana satu akan dipilih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here