Beri PH peluang jadi kerajaan, Anwar PM- Kit Siang

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang membentuk Kerajaan Persekutuan kerana mempunyai Ahli Parlimen teramai selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata PH perlu diberi peluang itu susulan belum ada penyelesaian dalam pembentukan kerajaan baharu.

“Anwar patut diberikan tempoh untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan sekiranya dia tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen atau majoriti mudah, barulah Yang di-Pertuan Agong minta calon lain pula untuk cuba membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Kit Siang, Malaysia sudah mempunyai dua Perdana Menteri ‘pintu belakang’ dan tidak mahu ada lagi Perdana Menteri `pintu belakang’ yang ketiga.

“Kita (Malaysia) kini sedang berada dalam era politik gabungan dan kita patut mula dengan prosedur yang berpatutan supaya Malaysia tidak dimalukan di khalayak dunia,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan gabungan parti politik yang mempunyai majoriti mengemukakan seorang calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here