Beri peluang KJ bertanding DUN Rantau, ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad

0
2
puad zarkashi

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dicadang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, sekali gus dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Umno wajar memberi peluang kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Amat wajar KJ diberi peluang bertanding di DUN Rantau dan menjadi poster boy calon MB Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad meminta BN kembali menyusun barisan meneruskan pertempuran di enam negeri dalam pilihan raya tahun depan.

“Ayuh BN, bangkit dan susun balik barisan,” katanya.

Pada PRU15, Khairy yang bertanding di Sungai Buloh tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R Ramanan dengan majoriti 2,693.

Beliau sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal.

Khairy bagaimanapun diminta memberi laluan Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here