PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perkara itu disuarakan Ketua Wanita BN Wilayah Persekutuan, Zurainah Musa, yang berkata pengerusi BN itu wajib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penolakan rakyat terhadap BN sekaligus mengalami kekalahan teruk pada Piihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) rakyat menegur Umno,BN, PRU15 rakyat menolak Umno, BN. Oleh itu pengerusi BN wajib bertaggungjawab sepenuhnya terhadap penolakan rakyat.
“Oleh itu wanita BN Wilayah menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai pengerusi dan presiden Umno serta-merta. Umno perlu segera melakukan penstrukturan parti.
“Pendirian Wanita BN Wilayah ‘no Anwar’, ‘no DAP’ seperti diputuskan ketetapan perhimpunan agung Umno (PAU),” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menjelaskan mengenainya, Zurainah berkata, tiada siapa boleh melanggar ketetapan PAU termasuk presiden, biro politik dan majlis kerja tertinggi (MKT) Umno.
Sementara itu, Zurainah berkata Mohamad layak memimpin Umno, BN sekiranya Ahmad Zahid berundur.
“Timbalan presiden…dalam Umno ada hiraki, timbalan presiden pun menang juga,” katanya.
Ditanya mengenai cadangan supaya BN menjadi pembangkang, Zurainah berkata BN mempunyai pilihan dan mereka boleh memilih untuk menjadi pembangkang jika ia adalah yang terbaik. -Malaysiapost

