Tiada kerjasama dengan PH – Hishammuddin

0
2

DATUK Seri Hishammuddin Hussein, mengulangi pendirian tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Bendahari BN yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, menyatakan keperluan parti itu untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

Beliau berkata, rakyat sudah membuat pilihan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan ia harus kita hormati serta insafi.

Jelasnya, tiada satu parti pun berupaya membentuk kerajaan dan Parlimen kini tergantung.

“Yang paling penting, negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

“Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PH,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kedudukan parti itu, selepas tiada satu parti memperoleh majoriti cukup untuk membentuk kerajaan.

BN termasuk Umno yang bertanding di 178 kerusi Parlimen pada PRU15 mengalami kekalahan terburuknya sejak menyertai PRU, selepas gagal mempertahan banyak kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here