Mufti Perlis harap kerajaan baharu tiada golongan anti-Islam, perasuah

0
2
KANGAR, 2 Feb -- Mufti Kerajaan Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika ditemui BERNAMA di pejabatnya di sini hari ini. Mohd Asri sekali lagi dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis berkuatkuasa 1 Februari 2015 bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu. Mohd Asri yang memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum ini pernah dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Dr Juanda Jaya. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau berharap kerajaan baharu yang bakal dibentuk bukan membabitkan gabungan golongan anti-Islam dan perasuah.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya Mohd Asri berkata, beliau meletakkan kebijaksanaan ahli-ahli politik untuk membuat keputusan terbaik mengenai perkara berkenaan.

“Harapan kita ialah siapa pun kerajaan baharu janganlah memasukkan golongan anti-Islam, pro anti-Islam dan yang terlibat dengan rasuah atau cenderung kepada rasuah terlibat.

“Selain hal itu, terpulanglah atas kebijaksanaan ahli-ahli politik,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan, tiada mana-mana parti yang memperoleh lebih 50 peratus atau majoriti mudah daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15, semalam.

Justeru, Parlimen Malaysia kini boleh disifatkan berada dalam keadaan tergantung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Katanya, gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here