Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=654643919369649&set=pb.100044721411983.-2207520000.&type=3

PENYANDANG Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan tiga calon lain.

Beliau menewaskan Abdul Hakim Abdul Wahid daripada Barisan Nasional (BN), Mutalib Uthman (Muda) dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang).

Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi, Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507).

Dengan undi majoriti 4,411, berbanding Abdul Hakim, beliau menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga.

Sementara itu PN turut menang di Mersing apabila Muhammad Islahuddin Abbas menang dengan majoriti 2,337.

Beliau meraih 21,006 undi mengatasi empat calon lain dengan calon paling hampir dari BN, Abd Latif Bandi Nor Sebandi meraih 18,729 undi.

Di Sabak Bernam, Kalam Salan menang dengan majoriti 5,056 undi selepas meraih 17,973 undi.

Beliau menewaskan tiga calon lain dengan calon terdekat dari BN, Abd Rahman Bakri dengan 12,917 undi.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here