Rafizi menang besar di Pandan

0
2

TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli menepati ramalan di Parlimen Pandan apabila diumumkan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar hampir 50,000 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh keseluruhan 74,002 undi dengan majoriti 48,296 undi menewaskan pencabar terdekat dari Perikatan Nasional (PN) Farique Zubir yang mendapat 25,706 undi.

Tiga lagi calon lain yang hilang wang pertaruhan adalah calon Barisan Nasional (BN) Leong Kok Wee yang mendapat 11,664 undi, manakala calon Parti Warisan Sabah, Ong Tee Keat (3,323 undi) dan Parti Pejuang, Nadia Hanafiah (961 undi).

Keseluruhan pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Bahagian P100 Pandan adalah seramai 148,730 pengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here