Kekalahan bukan penamat cerita – KJ

0
2

CALON Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengambil sikap berjiwa besar menerima kekalahannya di kerusi Parlimen Sungai Buloh semalam.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, kalah di gelanggang pilihan raya merupakan hakikat yang perlu dilalui ahli politik setiap lima tahun sekali.

Katanya, bertanding dalam PRU setiap seseorang pemimpin itu dinilai oleh rakyat sama ada mereka cukup baik atau tidak.

“Pilihan raya adalah asas kepada mana-mana demokrasi yang berfungsi tetapi ia juga sesuatu yang memberitahu ahli politik sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya. Jika rakyat sukakan anda atau tidak.

“Saya rasa saya telah mencuba yang terbaik. Tetapi saya tidak cukup baik. Tewas tetap tewas, tidak kira seberapa seberapa kecil pun jumlah atau berapa ramai yang menyatakan kekecewaan atas kekalahan anda,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Khairy berkata, biarpun yakin kekalahan itu bukanlah penamat cerita dan perjuangannya dalam politik, namun beliau mahu mengambil sedikit masa untuk merangka perancangan seterusnya.

Tambahnya, beliau sudah bekerja keras sepanjang tempoh menjadi jeneral’ ‘dalam pertarungan negara dengan pandemik Covid-19.

“Sebenarnya, saya letih. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat, sejak saya diminta menguruskan “pandemik. Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada Covid.

“Tetapi ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada negara pada masa yang kritikal dan saya gembira kita berjaya pulih,” katanya lagi.

Beliau juga mengirim pesanan agar mereka yang dilantik memegang mandat rakyat, menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh tanggungjawab, kebijaksanaan dan belas kasihan.

“Negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya. Saya doakan anda semua yang terbaik.

“Saya tidak sabar menantikan Piala Dunia di televisyen,” tulisnya.

Terdahulu, Khairy ditewaskan calon Pakatan Harapan (PH) S.Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendapat 50,943 undi berbanding Khairy yang mendapat 48,250 undi.

Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 29,060 undi manakala tiga calon lain hanya mendapat undi di bawah empat angka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here