‘Era baharu buat Putrajaya’ – Radzi

0
2

NAIB Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan kemenangannya di kerusi Parlimen Putrajaya bakal mencipta era baharu di kawasan terbabit.

Radzi yang memperoleh 16,002 undi menewaskan penyandang empat penggal kerusi itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, turut berysukur dengan kemenangan berkenaan.

“Alhamdulillah, Kepada-Mu Aku Bersujud, Ya Allah. Terima kasih kepada rakan-rakan di Putrajaya atas sokongan dan kepercayaan dengan memberi undi kepada saya.

“Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh jentera serta pendokong Perikatan Nasional (PN) yang bertungkus lumus memastikan kemenangan ini,” katanya.

Beliau berkata, kemenangannya itu juga adalah hasil kerja keras semua pihak termasuk pengundi Putrajaya yang memastikan misi sukar merampas Putrajaya berjaya direalisasikan.

“Era Baharu Putrajaya kini bermula. Ayuh, bersama-sama saya memastikan usaha memacu Putrajaya ke tahap lebih tinggi menjadi nyata,” katanya.

Radzi Jidin diumumkan menang di kerusi Putrajaya selepas memperoleh majoriti 2,310 undi Tengku Adnan (BN); Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (GTA).

Selain dua calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here