BARISAN Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap keputusan itu sebagai isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap gabungan itu.
“BN komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan baik antara kerajaan negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.
“Dalam masa terdekat, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya.-Malaysiapost

