KHAIRY Jamaluddin sedang mendahului calon-calon lain di kerusi Parlimen Sungai Buloh ketika ini.
Pada pengiraan undi tidak rasmi, calon Barisan Nasional (BN) itu meraih 2,584 undi berbanding Datuk S Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih 2,197 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin mendapat 1,474 undi. Manakala Pejuang, PSM dan dua bebas mendapat undi di bawah tiga angka.
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Parlimen Sungai Buloh yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook Khairy Jamaluddin

