Rasmi GPS menang 2 kerusi

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=617062453540567&set=pb.100057104542573.-2207520000.&type=3

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dua keputusan rasmi Piliha Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diperoleh setakat ini membabitkan dua kerusi di Sarawak.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini disahkan memenangi kedua-dua kerusi berkenaan dengan keputusan terbaru membabitkan kerusi P213 Mukah.

Calon GPS Hanifah Hajar Taib diumumkan sebagai pemenang selepas memperoleh 21,733 undi dengan majoriti 15,686 undi.

Beliau menewaskan pencabar terdekat dari Pakatan Harapan (PH) Abdul Jalil yang memperoleh 6,047 undi.

Terdahulu SPR mengumumkan keputusan rasmi pertama PRU-15 yang menyaksikan calon GPS Ahmad Johnie Zawawi memperoleh 15,824 undi dan mempunyai majoriti 14,662 undi menewaskan calon PH Hud Andri. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Hanifah Hajar Taib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here