PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menang di Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Beliau meraih 18,312 undi dengan majoriti 1,821 undi sekali gus menewaskan penyandang kerusi, Dr Maszlee Malik daripada Pakatan Harapan (PH), yang meraih 16,491 undi.
Keputusan itu selepas pengiraan tak rasmi sebanyak 111 peti di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) berakhir. – Malaysiapost

