GPS menang 6 kerusi, PN 1 kerusi

0
2
pru mpost banner

KEPUTUSAN rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memenangi enam kerusi parlimen, manakala Perikatan Nasional (PN) satu kerusi sehingga jam 9.45 malam tadi.

Kerusi PN dimenangi Datuk Ali Biju di Parlimen Saratok yang memperoleh 19,223 undi dengan majoriti 8,826 undi mengalahkan pencabar dari GPS, Giendam Jonathan Tait yang mendapat 10,397 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Ibil Jaya (1,221 undi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan keputusan rasmi tiga lagi kerusi di Sarawak yang dimenangi GPS iaitu di P222 Lawas, P204 Betong, P200 Batang Sadong dan P206 Tanjong Manis.

Kerusi Lawas dimenangi Henry Sum Agong yang mendapat 11,361 undi dengan majoriti 5,677 undi mengalahkan pencabar dari Parti Sarawak Bersatu, Baru Bukan yang beroleh 5,684 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Japar Suyut (1,163 undi).

Parlimen Betong pula dimenangi Dr Richard Rapuh yang memperoleh 16,479 undi dengan majoriti 11,302 undi mengalahkan pencabar dari PH, Patrick Kamis @Kameng yang mendapat 5,177 undi dan calon Bebas, Hasbie Satar (5,057 undi).

Batang Sadong dimenangi oleh Rodiyah Sapiee yang beroleh 18,668 undi dengan majoriti 14,893 undi menewaskan calon PH, Cikgu Lahaji yang mendapat 3,775 undi.

Kerusi Tanjong Manis pula dimenangi Ir Yusuf Abd Wahab yang mendapat 16,474 undi dengan majoriti 13,908 undi mengalahkan calon PH, Ustazah Zainab yang memperoleh 2,566 undi.

Terdahulu SPR mengumumkan GPS memenangi dua kerusi iaitu P207 Igan dan P213 Mukah

Hanifah Hajar Taib diumumkan sebagai pemenang kerusi Mukah selepas memperoleh 21,733 undi dengan majoriti 15,686 undi.

Beliau menewaskan pencabar terdekat dari Pakatan Harapan (PH) Abdul Jalil yang memperoleh 6,047 undi.

Ahmad Johnie Zawawi pula memenangi kerusi Igan dengan memperoleh 15,824 undi dan mempunyai majoriti 14,662 undi menewaskan calon PH Hud Andri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here