KEHADIRAN tiga pengundi yang merupakan puteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan, Pahang mencuri perhatian ramai.
Gambar ketiga-tiga puteri Al-Sultan Abdullah itu dimuat naik seorang pengguna Twitter yang turut sama menunaikan tanggungjawab mengundi.
“Anak-anak gadis YDPA Sultan Abdullah tiba di SK Talam. Saya baru tahu rupa-rupanya anak-anak raja juga mengundi,” ciapnya.
Rata-rata warga maya juga menyuarakan pendapat yang sama bahawa baru mengetahui anak-anak raja turut keluar mengundi.
Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang memuji penampilan mereka yang disifatkan ringkas tapi anggun bergaya.
“Baju kurung kelihatan ringkas dan manis mata memandang. Bahan kain cantik ditambah pula dengan pemakainya yang sememangnya lawa. Sangat mempersona,” puji seorang pengguna Twitter lain. – Malaysiapost

