UMMAH, bersama lebih 185 NGO Islam sokong Muhyiddin sebagai PM ke-10

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=704881814329343&set=pb.100044225926298.-2207520000.&type=3

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) bersama lebih 185 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia, menyuarakan kegusaran apabila melihat sokongan politik orang Melayu berpecah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya Mohd Zai Mustafa, berkata kesan daripada keadaan itu dikhuatiri DAP akan menguasai kerajaan Malaysia melalui gabungan parti Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, sehubungan itu UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru dan merayu Umat Islam seluruh Malaysia agar wajib keluar mengundi dan menyatukan undi kepada satu gabungan parti sahaja.

Beliau berkata, gabungan parti yang perlu dipilih adalah gabungan yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara, serta bersih daripada rasuah, berwibawa dan berusaha memperkasa penyatuan ummah.

“Berdasarkan kepada penelitian dan penilaian calon dan parti yang bertanding, maka UMMAH dan Gabungan NGO Islam berpendirian calon dan parti yang menepati kriteria adalah Perikatan Nasional (PN).

“Kami juga berpendirian berdasarkan kepada perbandingan dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi PN lebih memenuhi kriteria,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ia juga berdasarkan prestasi Presiden Bersatu itu yang berjaya mengurus tadbir negara dengan baik dan mengemudi negara berdepan dengan masalah besar Covid-19 dan kesuraman terhadap ekonomi negara.

“Oleh itu, UMMAH bersama Gabungan lebih 185 NGO Islam dan para agamawan menyokong penuh Muhyiddin sebagai calon yang lebih layak dan berwibawa serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here