MASYARAKAT Cina di Kampung Bagan Pasir Laut, Bagan Datuk, hari ini menerima kunjungan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Selain membuat kunjungan beliau juga diberi peluang berucap oleh komuniti Cina di kampung berkenaan sebelum memberi sokongan padu kepada Ahmad Zahid.
Walaupun mengalami tsunami politik pada pilihan raya lepas, namun Zahid masih mendapat peratusan undian yang tinggi dari komuniti Cina di kawasan itu.
Zahid dalam pada itu memberitahu penduduk bahawa beliau akan meneruskan semula usaha yang terbantut jika BN berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya Sabtu ini.-Malaysiapost

