Trafik meningkat selepas Plaza Tol Gombak

0
1

TRAFIK menghala ke Pantai Timur dilaporkan mula meningkat susulan warga kota pulang ke kampung halaman untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran Facebook, memaklumkan aliran trafik mulai meningkat arah Timur/Bentong dan Bukit Tinggi ke Lentang sejak jam 3.37 petang.

Katanya, trafik meningkat sepanjang 12 Kilometer (km) selepas Plaza Tol Gombak Gombak ke arah Terowong Genting Sempah.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan berhati-hati ketika memandu agar selamat sampai ke destinasi.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU15.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari mengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here