Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku 18 hingga 24 Nov ini

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca

Analisis model-model cuaca meramalkan beberapa negeri berpotensi mengalami kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang bagi tempoh 18 hingga 24 November ini.

Maklumat dikongsi di Facebook METMalaysia, memaklumkan berdasarkan analisis itu, penumpuan angin di kawasan Kelantan dan Terengganu serta utara dan tengah Sarawak dijangka berlaku dalam tempoh 18 hingga 19 November ini.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Mulai 21-24 November 2022, penumpuan angin dijangka berlaku di Selat Melaka.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung terutama pada sebelah pagi,” menurut METMalaysia.

Jabatan itu turut memaklumkan sudah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) pada jam 2 petang hari ini, membabitkan utara negeri Sarawak berkuatkuasa sehingga esok.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here