Aiman Hanif
BEBERAPA hari menjelang hari pengundian tular di media sosial rancangan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH).
Melalui dokumen yang tular itu ia membabitkan kerjasama yang dikenali sebagai “Gabungan Khemah Besar Perikatan Harapan”.
Berdasarkan dokumen yang tular itu, gabungan terbabit bertujuan untuk menyekat BN daripada membentuk kerajaan bersama GPS dan GRS.
Gabungan khemah besar itu menyedari akan kekuatan BN dengan sokongan padu pengundi setianya bagi kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun berdasarkan dokumen itu, usaha berkenaan masih mendapat halangan memandangkan PAS merupakan komponen PN menolak kerjasama dengan PH.
Manakala DAP pula menolak kerjasama dengan PN yang diketuai kumpulan pengkhianat.
Dokumen itu menyatakan bahawa isu berkenaan sedang diuruskan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan dokumen kerjasama itu, BN dikatakan bakal memperoleh sekitar 92 kerusi dalam PRU-15 ini.
Anwar dikatakan memulakan rundingan dengan GPS dan Muhyiddin GRS bagi mengelak parti Sabah dan Sarawak itu membentuk kerajaan bersama BN.- Malaysiapost

