Lebih 50% rakyat Malaysia mahu Ismail Sabri terus jadi Perdana Menteri

0
1

LEBIH 50 peratus rakyat Malaysia bersetuju Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Perkara itu dinyatakan menerusi dapatan kajian Ilham Centre yang dilakukan pada 20 Oktober sehingga 6 November lalu, dalam tempoh selepas pembubaran Parlimen sehingga hari penamaan calon PRU15.

“Sebanyak 52.8 peratus bersetuju Ismail Sabri wajar diberikan peluang untuk mengemudi kerajaan untuk tempoh yang lebih panjang demi kepentingan rakyat.

“Keputusan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen turut menerima respons baik iaitu selepas Parlimen dibubarkan dan berdasarkan situasi semasa, 56.8 peratus bersetuju PRU diadakan pada hujung tahun ini,” kata Ilham Centre menerusi kenyataan, hari ini.

Ilham Centre berkata, kajian ini secara spesifik mengukur tahap penerimaan pengundi terhadap dasar, insentif dan tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri sepanjang pentadbiran beliau selama 13 bulan.

“Ternyata dengan jelas, segala pengumuman dan pelaksanaan dasar yang pro rakyat mendapat persetujuan tinggi yang menyumbang kepada populariti beliau pada kaca mata rakyat terbanyak.

“Meskipun sebilangan kelompok dari segmen pengundi tertentu seperti pengundi Cina kekal skeptikal, namun secara keseluruhannya kepimpinan beliau diterima baik.

“Dengan skor 52.8 peratus yakin Ismail Sabri Yaakob wajar diberi peluang untuk memimpin negara dengan mandat penuh adalah ‘endorsement’ penting buat beliau,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here