Idris bidas pemimpin Melayu DAP persenda Islam

0
1
idris ahmad

UMAT Islam tidak boleh keterlaluan dalam meluahkan perasaan kemarahan di media sosial sehingga boleh menganggu gugat hal ehwal agama Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membidas komen pemimpin muda DAP Syahredzan Johan dalam satu ciapan di laman Twitter bernama Afif Kony yang mempersendakan Allah dan Nabi Muhammad SAW.

“Jika marah pun dengan mana-mana pihak yang membawa mesej agama, bukan ini caranya. Seseorang perlu bertanggungjawab terhadap tulisan seperti ini.

“Saya diberikan dengan gambar dan beberapa video ini. Mengucap panjang saya melihat perbualan anak muda ini di Twitter yang menghina Nabi kita yang mulia. Malah disebut pula nama Allah seolah mahu permainkan agama,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Idris yang bertanding di Parlimen Bagan Serai atas tiket Perikatan Nasional (PN), kesal dengan tindakan pemimpin Melayu DAP itu yang menghina agama Islam.

“Apa yang lebih saya kecewa, antara perbualan tweet ini, tertera seorang calon DAP berbangsa Melayu dan beragama Islam yang bertanding di tempat yang menjadi bandar ilmu dan Islam dan bangga dgn Tokoh Ulama Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din.

“Saya juga difahamkan beliau juga adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Tuan Syahredzan Johan. Perbualan penghinaan agama ini tidak boleh dibiarkan dan perlu untuk diberikan pengajaran,” katanya.

Justeru, Idris menggesa pihak berkuasa tidak membiarkan perkara yang menyentuh dan menghina agama Islam diambil tindakan yang sewajarnya.

“Pihak berkuasa perlu di maklumkan atas perbuatan seperti ini. Kita tak boleh biarkan kebebasan untuk meluahkan apa sahaja termasuklah dalam urusan agama dipandang ringan dan berleluasa. Pengajaran berat perlu di buat!”, katanya.

Syahredzan merupakan calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Parlimen Ayer Itam pada PRU15 ini. -Malaysiapost

Perbualan anak muda ini di Twitter yang menghina Nabi kita yang mulia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here