CALON Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini.
Karupaiya disahkan meninggal dunia di Hospital Kulim, jam 2.27 petang tadi.
Berita itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan sebentar lagi.
Mendiang yang bertanding Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini merupakan penyandang Parlimen tersebut.
Sementara itu, calon PH Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang.
“Terkesan menerima berita duka pemergian rakan saya di Parlimen, Karupaiya, calon PH di Padang Serai.
“Seorang veteran tentera yang komited di Dewan Rakyat dan kawasannya,” katanya menerusi Facebook.
Pada PRU14, Karupaiya memperolehi 31,724 undi dan menewaskan calon daripada PAS dan Barisan Nasional dengan dengan majoriti 8,813 undi. – Malaysiapost

