GTA tolak kerjasama parti tebuk atap, ‘bossku’ pasca PRU15 – Tun M

0
1

GERAKAN Tanah Air (GTA) memberi jaminan tidak akan sesekali menjalin kerjasama dengan parti yang dilabel sebagai ‘tebuk atap’ dan ‘bossku’ selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menjalin kerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak sekiranya memerlukan mereka bergabung untuk membentuk kerajaan.

“Kita akan pilih parti yang bersesuaian, parti itu bukan parti tebuk atap atau parti bossku. Parti seperti itu kita tidak akan bekerjasama.

“Lebih baik kita jadi pembangkang. Namun ada parti di Sabah dan Sarawak yang kita boleh bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya GTA akan menjalin gabungan dengan parti yang mana untuk membentuk kerajaan sekiranya menang pada PRU15, namun tidak mendapat majoriti.

Terdahulu, Tun Mahathir hadir pada Majlis Kebangkitan Rakyat Kelantan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Pada masa sama, ketika ditanya sama ada terdapat mana-mana parti yang mengajak untuk bekerjasama, Tun berkata tiada mana-mana parti yang berbuat demikian setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, pihaknya yakin GTA mampu memenangi lebih satu kerusi pada PRU15 selain Kelantan bakal menyaksikan banyak pertukaran di Kelantan.

Malah, beliau turut optimis mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Langkawi susulan sokongan kuat yang diterima setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here