5 teras memakmurkan Gerik tidak meminggirkan golongan belia – Asyraf Wajdi

0
2

DALAM rancak menyantuni masyarakat pelbagai kaum, Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak meminggirkan golongan muda di kawasan berkenaan.

Asyraf Wajdi berkata, anak muda bukan sahaja dilihat sebagai generasi pewaris kepimpinan masa depan negara, malah mereka ejen penting yang mencorakkan Malaysia ke arah kestabilan dan kemakmuran.

Katanya, apa yang dizahirkan melalui lima teras memakmurkan Gerik secara tidak langsung adalah demi masa depan mereka.

“Malam tadi berkesempatan untuk bertemu dengan Majlis Belia Daerah Gerik dan belia-belia tempatan di sini.

“Saya amat kagum dengan keberanian dan semangat yang mereka tunjukkan dalam sesi pertukaran pandangan dan perkongsian aspirasi.

“InsyaAllah, marilah kita berganding bahu merealisasikan lima teras iltizam untuk kita bersama makmurkan Gerik,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi menggariskan lima teras yang menjadi asas kepada komitmennya untuk memakmurkan Gerik.

Lima teras yang menjadi iltizam Ketua Pemuda Umno itu hasil maklumat pertemuan dengan rakyat pelbagai latar belakang sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here