Perketat saringan kesihatan pekerja asing, kekang penularan wabak bahaya

0
1

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata sudah tiba masanya sijil kesihatan serta pemeriksaan terhadap pekerja asing diselaras serta ditambahbaik sebelum memberi kelulusan membawa masuk buruh luar.

Beliau berkata, penambaikan itu perlu kerana ada sesetengah negara yang sijil pemeriksaan kesihatan dikompromi dan tidak menyeluruh, sekali gus membawa penyakit berjangkit berbahaya ke dalam negara termasuk tuberkulosis (Tibi).

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Permatang Pauh berkata, gesaan itu dibuat selepas ada antara anggota keselamatan yang memaklumkan berdepan cabaran serta risiko dijangkiti Tibi ketika melaksanakan tugas.

“Pagi ini di Pusat Mengundi Awal, Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

“Selepas saya bertanya khabar, beberapa orang anggota berkongsi tentang cabaran yang terpaksa mereka hadapi sewaktu menjalankan tugas, termasuk ada yang mendapat jangkitan tibi.

“Hal ini mengingatkan saya kepada tahun siasatan PAC perihal kemasukan warga asing – ada sesetengah negara yang sijil pemeriksaannya dikompromi, tidak menyeluruh, lalu membawa bahaya penyakit berjangkit ke dalam Malaysia semula termasuklah Tibi,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menggesa kerajaan berusaha melunaskan prekhidmatan perubatan yang bertepatan bagi anggota barisan hadapan negara.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesa proses saringan yang lebih ketat dibuat terhadap kemasukan pekerja asing di negara ini bagi membendung penularan penyakit Tibi.

Malah, KKM mahu pihak berkaitan seperti Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) untuk bersama-sama berperanan memperketatkan prosedur kemasukan pekerja asing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here