Adakah Ismail Sabri benar-benar percaya dilantik semula sebagai PM?, soal Kit Siang

0
1
Kredit: Twitter LKS

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob benar-benar percaya akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang.

Malah, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyifatkan Ismail Sabri sudah kehilangan ‘tangan dan kaki’ selepas calon pilihannya dicantas daripada bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya benar-benar kagum.

“Adakah Ismail Sabri yang ‘tidak bertangan dan kaki’ benar-benar percaya yang beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang pada 19 November ini?,” katanya hari ini.

Menurutnya, kenyataan terbaharu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Yang di-Pertuan Agong yang akan menentukan Perdana Menteri, sepatutnya menamatkan harapan Ismail Sabri.

Beliau berkata, dengan menjadi ‘poster boy’ Umno dan BN, ia tidak menjamin jawatan Perdana Menteri untuk Ismail Sabri selepas pilihan raya.

“Atau adakah kita mempunyai seorang Perdana Menteri tanpa kaki dan tangan yang tidak sedar ia sudah dipotong sejak sebelum hari penamaan calon lagi?,” soalnya.

Kit Siang berkata, sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, ia akan menjadi salah satu tragedi terhebat di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here