PRU15: Reezal Merican naik ‘gear tinggi’ berkempen

0
1

HANYA berbaki empat hari tempoh berkempen, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terus menaikkan ‘gear’ dengan menyantuni seberapa ramai penduduk di kawasan itu.

Semalam, program Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu penuh dengan program bertemu masyarakat yang bermula kira-kira jam 10 pagi.

Program dimulakan dengan menghadiri Hari Keluarga Permatang Bertam di Dewan Seri Bertam, diikuti Kenduri Keluarga Tani Paya Keladi dan seterusnya Kenduri Rakyat Komuniti Penduduk Taman Bertam Indah pada sebelah tengah hari.

Program beliau diteruskan dengan menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua Umno Cawangan Kg Tok Bedu.

Pada sebelah petang pula, Reezal Merican menghadiri program santai petang bersama warga Kampung Sungai Korok

Pada setiap program yang dihadirinya, Reezal Merican disambut baik seluruh masyarakat tidak mengira usia.

Sementara itu, penyandang kerusi Kepala Batas menzahirkan rasa gembira kerana dapat menyantuni dan meluangkan masa aktiviti santai di hujung minggu.

“Seronok dapat luang masa aktiviti santai di hujung minggu. Semoga ikatan silaturahim kita Keluarga Kepala Batas terus kukuh dan akrab,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Datuk Seri Reezal Merican

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here