Anwar tekad jadi pemimpin terbaik untuk umat Islam, bukan Islam

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim bertekad menjadi pemimpin yang baik buat umat Islam dan bukan Islam untuk seluruh rakyat Malaysia.

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau mahu membuktikan bahawa masih ada pemimpin yang adil dan saksama serta kasih kepada semua kaum di negara ini.

“InsyaAllah, dengan dukungan padu dari semua rakyat Malaysia mampu mengembalikan maruah dan kedudukan negara sebagai antara yang terbaik di Asia dan juga di peringkat dunia.

“Ayuh bangkit bersama Harapan,” tulis Presiden PKR itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Anwar yang juga calon PH bagi kerusi Parlimen Tambun berkata, PH dengan barisan pimpinan yang ada mempunyai kebolehan tinggi dalam mengembalikan keyakinan dunia luar kepada Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here