Guan Eng mahu jadikan pembangunan Bagan bertaraf antrabangsa

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=566225541540873&set=pb.100044602951844.-2207520000..&type=3

PENYANDANG Parlimen Bagan Lim Guan Eng beriltizam membangunkan kawasan yang diwakilinya sejak 2008 itu sehingga bertaraf antarabangsa dengan pelbagai program dan perancangan.

Beliau yang juga Pengerusi DAP dan akan bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, berkata pelbagai pembangunan infrastruktur juga telah dibangunkan di kawasannya itu.

Menurutnya, dahulu Bagan adalah sebuah kampung nelayan kecil, namun kini telah berubah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

“Saya dengan rasa rendah hati ingin melaporkan segala pembangunan yang telah dibangunkan sepanjang saya menjadi ahli parlimen disini.

“Untuk masa depan, saya juga mempunyai iltizam membangunkan Bagan ini bertaraf antarabangsa dengan pelbagai program dan perancangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Guan Eng juga berterima kasih kepada warga Bagan atas sokongan dan kepercayaan kepadanya dan DAP serta Pakatan Harapan (PH) selama ini.

“Saya berharap warga Bagan boleh terus menyokong kami.

“Kami akan terus mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dengan dasar yang baik, dan memberikan harapan baru bahawa Bagan yang bertaraf antarabangsa membolehkan anda mencapai kehidupan yang lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Antara pembangunan yang telah dibangunkan sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Bagan yang dikongsikan adalah Perpustakaan Digital Butterworth, Arena Butterworth, projek tebatan banjir, jalan baru dan banyak lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here