Tuduhan Anwar melampau, keterlaluan

0
3

TUDUHAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, telah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan dibayar untuk berbuat demikian, disifatkan amat keterlaluan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membidas tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang didakwa sengaja untuk melihatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tidak berintegriti dan tiada maruah melalui idea kepentingan politik sempitnya.

“Saya lihat tindakan Anwar ini mengheret ATM dalam permainan politiknya itu, bukan sahaja membuat pasukan keselamatan kita marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam berpolitik,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menghadiri Program Jom Santai bersama orang muda Sembrong di Ngepot Kabin, Kluang, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Anwar yang juga Presiden PKR, menarik balik tuduhan tersebut sekali gus memohon maaf kepada anggota ATM, kerana menuduh mereka menerima wang dan sebagainya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata beliau tidak menolak kemungkinan apa yang didakwa sebagai undi awal itu adalah undi pos kepada anggota pasukan keselamatan, yang boleh memohon untuk mengundi secara pos, jika mereka tidak dapat hadir semasa hari mengundi awal kerana bertugas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here