
RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang diramal bermula esok hingga hari mengundi pada 19 November ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka tertumpu pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.
Sehubungan itu orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka dan merujuk laman www.met.gov.my atau semua media sosial MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini.- Malaysiapost

