Kandungan gugur, berita sedih buat Rara di hari lahir

0
1

CALON Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman atau Rara mengalami keguguran ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33, semalam.

Berita sedih itu dikongsikan Rara menerusi akaun Instagram berserta gambar keputusan kit ujian kehamilan berwarna hitam putih.

“Saya ingat, saya ingin umum berita kehamilan saya selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Namun ramai yang perasan serta bertanya dan kemudian mengucapkan tahniah.

“Hari ini ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Rara memaklumkan kandungannya tidak membesar selepas enam minggu.

“Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu. Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Stevem Sim berkata, beliau sebak apabila Rara memaklumkan mengenia berita sedih itu kepadanya.

Sim berkata, walaupun Rara sedih dengan kehilangan berkenaan namun Seri Kandi DAP itu komited meneruskan perjuangan demi masa negara yang lebih baik.

“Di sebalik senyum manis dan wajah tabah srikandi kita, rupa-rupanya Rara baru dapat berita pilu keguguran.

“Bila saya call dia, saya boleh dengar suara sedunya. Tiada ayat-ayat mampu memberi ketenangan kepada Rara selain doa agar dia tabah dengan ujian besar ini. Rara, please take care (jaga diri),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here