Jangan cium tangan ahli politik – Rafizi

0
1

JANGAN cium tangan ahli politik antara perkara ‘bodek politik’ yang patut dielakkan oleh orang ramai.

Perkara itudikongsikan Rafizi Ramli di media sosial mengenai 10 perkara mengjengkelkan dilakukan ahli politik mahu pun mereka yang terlibat dengan politik.

“Tolonglah jangan cium tangan ahli politik. Kita semua banyak dosa entah-entah dosa rakyat lagi sikit dari dosa menteri.

“Kita bayar dia untuk buat kerja, yang kita pergi dewakan dia tu buat apa? Bukan dia buat kerja free pun. Cium tangan hanya untuk mak ayah kita sahaja,” katanya.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan, budaya meraikan kedatangan pemimpin ke majlis-majlis perlu dihapuskan.

“Kementerian dan agensi kena habis bajet untuk buat majlis, lepas tu ada berpuluh-puluh orang kena sambut. Persediaan ambil masa berminggu. Kalau bukan berbulan tu tak rancang mesyuarat untuk rancang sambut menteri lagi.

“Boleh tak menteri kurangkan hadir ke majlis dan fikir macam mana nak buat kerja selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pandan berkata, sepatutnya hanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diberi keistimewaan diiringi polis atau pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan.

“Menteri lain tak payah, Ahli Parlimen dan wakil rakyat tak payah ada pengiring. Yang mengiring tu patutnya buat kerja untuk rakyat bukan membontoti wakil rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here