Pembangkang namakan Zahid sebagai calon PM untuk kelirukan pengundi

0
1

PEMBANGKANG tidak perlu menjadikan isu calon Perdana Menteri sebagai bahan kempen kerana BN telah membuat ketetapan Datuk Seri Ismail sebagai calon Perdana Menteri jika berjaya menguasai Putrajaya.

Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, berkata satu undi untuk calon BN bermakna undi untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pihak pembangkang tidak perlu campur urusan dalaman Umno berkaitan soal calon Perdana Menteri.

“Parti telah membuat keputusan jelas menamakan Ismail sebagai calon Perdana Menteri dan disambut baik hampir tiga perempat bahagian Umno di seluruh negara.

“Tindakan pembangkang menamakan (Pengerusi BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk megelirukan pengundi,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini Umno kekal menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri jika BN)
menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Umno menafikan dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali mentadbir kerajaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Rizalman berkata pembangkang juga cuba menimbulkan persepsi bahawa wujud masalah antara Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Satu undi untuk BN, satu undi untuk Perdana Menteri bagi membolehkan belanjawan 2023 yang dibentang dapat dilaksanakan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here