Skandal LCS: Abdul Latiff kenal Jaya Sudhir – Rafizi

0
2

RAFIZI Ramli terus mendedahkan skandal pembinaan kapal tempur persisir (LCS) dengan mendakwa ahli perniagaan Jaya Sudhir Javaram yang terlibat dalam skandal berkenaan merupakan kenalan kepada Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Rafizi berkata, nama yang sering disebut-sebut oleh pimpinan kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pemberi maklumat (yang terlibat di dalam peringkat awal perancangan projek LCS) sebagai salah satu watak yang turut mendapat laba dari projek LCS ialah Jaya Sudhir Jayaram yang merupakan ahli perniagaan Malaysia.

“Jaya Sudhir bukanlah nama yang asing bagi mereka yang pernah berurusan dengan kontrak-kontrak besar negara.

“Rekodnya menunjukkan dia ada hubungan dengan ahli-ahli politik di Malaysia dan Sri Lanka, serta pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan, carian di internet menunjukkan Jaya Sudhir pernah dikaitkan dengan skandal-skandal di luar negara.

“Jaya Sudhir pernah ditangkap di Sri Lanka kerana cuba menyeludup keluar wang berjumlah USD100,000 (bersama-sama anaknya) yang melanggar undang-undang Sri Lanka

“Akibat dari kegiatan perniagaannya dengan tokoh-tokoh berprofil tinggi di Sri Lanka, pihak media di sana telah menjalankan pelbagai siasatan, termasuk mendedahkan penglibatannya di dalam skandal jual beli minyak mentah dengan Iraq di bawah sekatan perdagangan PBB (dikenali sebagai oil for food).

“Siasatan Sunday Times dan media antarabangsa mengenai peranan Jaya Sudhir Jayaram di dalam skandal jual beli minyak dengan merasuah Kerajaan Iraq dan melanggar undang-undang Malaysia,” katanya.

Rafizi juga mendedahkan, wujud bukti bahawa Jaya Sudhir rapat dengan Abdul Latiff melalui pegangan mereka di dalam sebuah syarikat yang turut dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS iaitu Mega P Asia Sdn Bhd.

“Latiff Ahmad merupakan pemegang saham asal di dalam syarikat ini yang mendapat pelbagai kontrak-kontrak pertahanan laut dari anak-anak syarikat Boustead, termasuk untuk membekalkan tenaga kerja kepada projek-projek di bawah Boustead.

“Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bagaimana kedua-dua anak Jaya Sudhir iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir telah menggantikan Latiff Ahmad dan adiknya Abdul Aziz Ahmad sebagai pengarah-pengarah di dalam Mega P Asia Sdn Bhd pada 10 March 2020 (iaitu sekitar tarikh selepas berlakunya Sheraton Move dan Latiff menyertai Jemaah Menteri),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here