PRU15 paling penting dalam sejarah negara – Kit Siang

0
1
https://www.facebook.com/35787761072/photos/pb.100044336560741.-2207520000../10157965189016073/?type=3

TANGGAL 19 November 2022 adalah Pilihan Raya Umum (PRU) paling penting dalam 65 tahun sejarah negara, kata veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ini kerana, katanya, PRU kali ini adalah peluang terakhir untuk menyelamat dan menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke-100 negara.

Katanya, semua pihak tidak harus membiarkan Malaysia menjadi satu lagi negara yang biasa sahaja, atau lebih buruk lagi, negara gagal seperti Sri Lanka dan Zimbabwe.

“Saya telah mengorbankan 57 tahun kehidupan saya demi politik Malaysia, termasuk 15 bulan di Muar dalam Pusat Tahanan Muar dari 1969 sehingga 1970.

“Tetapi saya tidak berputus asa dengan impian Malaysia, di mana semua rakyat tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak.

“Sama ada Islam, Buddha, Hindu, Kristian, boleh mendapat kehidupan lebih baik dan bermakna di Malaysia – baik dari segi politik, ekonomi, sosial, atau alam sekitar.

“Kita belum memenuhi Impian Malaysia kita dalam enam dekad yang lepas,” katanya dalam menerusi tulisan di blognya hari ini.

Kit Siang berkata, Malaysia telah ditinggalkan dari segi ekonomi di belakang satu demi satu negara – Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam.

“Melainkan kita berubah, kita akan terus ditinggalkan di belakang lebih banyak negara lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau meminta rakyat bertanya kepada diri sendiri dua soalan apabila mengundi pada 19 November nanti.

Pertama, sama ada Malaysia masih boleh diselamatkan dan kedua, sama ada Malaysia patut diselamatkan.

“Malaysia masih boleh diselamatkan dan patut diselamatkan. Sekiranya Malaysia tidak dapat diselamatkan dan tidak berbaloi untuk diselamatkan, maka itulah penghujung ceritanya.

“Namun Malaysia masih belum mencapai tahap negara berpecah belah dan gagal walaupun kita ketinggalan agak terkebelakang dari jangkaan untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia.

Malaysia adalah titik pertemuan empat tamadun hebat dunia – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here