PRU15: Amanah Perak umum calon tanpa nama Nik Omar

0
2
Logo parti amanah

PARTI Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan senarai calon bagi enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Amanah menampilkan sehingga 60 peratus muka baharu, namun tanpa nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Aziz.

Sebelum ini, Nik Omar antara nama yang diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding mewakili PH di Perak.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi memaklumkan daripada enam calon kerusi Parlimen, tiga adalah muka baharu, manakala daripada 20 calon kerusi DUN pula, 12 adalah muka baharu termasuk sembilan orang muda.

Beliau berkata, terdapat dua pertambahan kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN kali ini berbanding PRU14.

Katanya, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Rapat, dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan

Beliau berkata, Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar, sama juga dengan penyandang kerusi Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli.

Bagi kerusi DUN pula, katanya, beliau sendiri antara 20 calon disenaraikan dan akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Manjoi.

Ditanya mengenai Nik Omar, Asmuni berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.

“Itu saya tak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya, baik tanya dia sendiri,” katanya. – Malaysiapost

Senarai Calon Amanah Perak

PARLIMEN
P56 Larut: Zolkarnain Abidin
P57 Parit Buntar: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
P59 Bukit Gantang: Fakhruldin Mohd Hashim
P67 Kuala Kangsar: Ahmad Termizi Ramli
P69 Parit: Nurthaqaffah Nordin
P74 Lumut: Mohd Hatta Md Ramli

Dewan Undangan Negeri (DUN)
N01 Pengkalan Hulu: Mohd Saad Ismail
N04 Kota Tampan: Mohd Sabri Abdul Manaf
N05 Selama: Razali Ismail
N06 Kubu Gajah: Mohd Nazri Din
N08 Titi Serong: Muhammad Nakhaie Wahab
N11 Gunung Semanggol: Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar
N12 Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis
N14 Changkat Jering: Megat Shariffudin Ibrahim
N16 Kamunting: Muhd Fadhil Nuruddin
N20 Lubok Merbau: Zaiton Latiff
N23 Manjoi: Datuk Asmuni Awi
N35 Manong: Mohd Jamsari Mahamood
N39 Belanja: Mohd Ikhmal Mohd Iskandar
N44 Sungai Rapat: Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin
N48 Ayer Kuning: Mohd Nazri Hashim
N50 Kampong Gajah: Mohd Syamsul Alauddin
N51 Pasir Panjang: Yahaya Mat Nor
N53 Rungkup : Ahmad Munzirie Ahmad Kabir
N56 Changkat Jong : Muhaimin Sulam
N59 Behrang : Khairol Najib Hashim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here