Rasa disindir, Caprice mahu saman Mydin

0
1

PENYANYI rap, Caprice memohon sebuah pasar raya tersohor, Mydin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selepas dikatakan menggunakan namanya sebagai jenaka bagi tujuan promosi di media sosial.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, turut meminta Mydin memadam ciapan yang dibuat di laman Twitter rasmi pasar raya itu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Ianya selepas Mydin membuat ciapan dengan menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘.

Susulan itu, Caprice berkata, dia memberi masa 24 jam untuk Mydin membuat video permohonan maaf dan memadam hantaran tersebut di Twitter.

“Tak sangka brand yang dikenali sanggup menyindir. Saya beri 24 jam kepada Mydin untuk membuat video permohonan maaf dan menurunkan hantaran tersebut,” kata Caprice di Instagram.

Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Hantaran kapsyen yang ditulis merujuk daripada pihak peguam Caprice, ciapan yang dibuat Mydin jelas membuatkan klien mereka rasa dihina dan tidak selamat lagi.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.

“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here